About Us
PrivateTripJepun.my dimiliki dan diuruskan oleh rakyat Malaysia yang telah menetap di Tokyo, Jepun selama lebih 19 tahun.
Dengan pengalaman hampir dua dekad di Jepun, kami bukan sahaja mengenali tempat pelancongan popular, malah memahami selok-belok kehidupan tempatan, laluan perjalanan yang efisien serta lokasi-lokasi menarik yang jarang diketahui pelancong.
Kami membantu anda meneroka Tokyo dan kawasan sekitarnya dengan lebih mudah, selesa dan terancang melalui perkhidmatan private trip yang fleksibel dan mesra pelanggan.
Kenapa pilih PrivateTripJepun.my
Dimiliki oleh rakyat Malaysia
Fleksible & Santai
Berbeza dengan pakej tour tetap yg lain, kami menawarkan fleksibiliti penuh dalam jadual perjalanan anda. Nak berhenti untuk ambil gambar? Perlu lebih masa untuk shopping? Kami akan sesuaikan itinerary mengikut keselesaan dan pace anda.
Harga Private Trip Berpatutan
Pengangkutan private di Jepun tidak semestinya mahal. Kami menawarkan harga yang berpatutan dengan nilai yang lebih baik, terutamanya untuk keluarga dan kumpulan kecil di mana private travel lebih mudah dan selesa berbanding membeli banyak tiket train.
Selesa & Mudah
Sistem pengangkutan train di Tokyo boleh menjadi agak mengelirukan, terutamanya jika membawa bagasi atau bersama warga emas. Perkhidmatan private door-to-door kami membantu menjimatkan masa, mengurangkan berjalan jauh, dan mengelakkan pertukaran train yang rumit.
Harga Yang Transparent
Tiada caj tersembunyi serta tiada kos tambahan. Apa yang kami quote, itulah yang anda bayar.
Bukan Sekadar Destinasi Pelancongan Biasa
Dengan pengalaman hampir dua dekad menetap di Tokyo, kami menyediakan nasihat perjalanan yang praktikal, laluan yang lebih efisien serta tip dalaman (insider tips) yang biasanya tidak ditawarkan oleh penyedia pakej pelancongan biasa.
PrivateTripJepun.my
PrivateTripJepun.my adalah sebuah syarikat perkhidmatan travel dan pengangkutan yang berdaftar secara sah dan berpangkalan di Tokyo, Jepun. Kami beroperasi sepenuhnya mengikut peraturan tempatan bagi memastikan perkhidmatan yang selamat, dipercayai dan profesional untuk semua pelanggan. Dimiliki dan diuruskan oleh rakyat Malaysia yang telah menetap di Tokyo selama lebih 19 tahun, syarikat kami menggabungkan kepakaran tempatan dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan pelancong Malaysia ke Jepun. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan private trip Jepun dan pengangkutan yang berpatutan, telus serta memberikan nilai terbaik (value for money) di sekitar Tokyo dan kawasan sekitarnya.
Plan an Unforgettable Experience with PrivateTripJepun.my Today!
Book Your Stay Now